Lahir Dan Nyaris Mati!

Posted: Jun 7, 2010 in Satu Masa Dulu

Aku lahir tepat jam lapan pagi. Ketika muslim sedang khusyuk bertakbir raya. Bukan aidilfitri tapi aidiladha. Lalu bapaku menamakan aku Adha. Lebih tepat Mohd Adha Bin Adnan. Aku lahir sempurna. Cukup anggota badan dan sihat. Tetapi sebaik keluar dari perut ibu mataku sesepet-sepetnya. Entah ikut sapa bapaku dan ibuku pun tak pasti. Jadi nama timanganku pet, singkatan untuk sepet dan tak ada kena mengena dengan Lan Pet-Pet. Aku membesar dengan baik. Seperti kanak-kanak sempurna yang lain. Cukup makan, minum dan pakai. Alhamdulillah.

                                               Aku dan korang adalah juara sejak di alam rahim lagi

Ketika umur aku 5 tahun, bapaku berhijrah ke Gombak. Waktu itu kawasan Gombak sedang giat membangun. Kawasan perumahan naik di sana sini. Tak ubah macam Kulim dan bertam sekarang. Bapaku bekerja sebagai mandur di kawasan perumahan itu. Kami tinggal di sebuah rumah papan yang disewa di kawasan perumahan itu. Bukan rumah kongsi. Tetapi rumah kampung yang entah milik siapa. Jiran kami adalah beberapa orang anak muda yang bekerja di kawasan perumahan itu dan sebuah keluarga cina. Tiada kemudahan air. Jadi mandi, basuh kain dan lain-lain sumber airnya semuanya dari sebuah telaga nun jauh di belakang rumah. Satu hari salah seorang daripada anak muda itu bawa aku pergi mandi ke telaga tersebut. Ketika dia asyik menyabun badan dan mukanya hingga matanya tertutup, aku yang cuba mencapai sabun di pinggir telaga yang sama paras dengan  tanah itu mengeluncur masuk ke dalam telaga. Aku masih ingat peristiwa itu sampai sekarang. Bunyi air berdecup ketika aku jatuh, pejam mata seketika, bila buka mata semuanya gelap. Berpusing dua kali di dalam telaga itu. Sampai kali yang ketiga aku terus mengangkat tanganku ke permukaan telaga. Waktu itulah orang muda itu menyambut tanganklu dan terus menarikku ke atas. Aku pucat lesi dan anak muda itu pucat pasi macam baru lepas tengok hantu. Ibu aku kata anak muda itu simpan peristiwa itu berbulan-bulan sebelum berani berterus terang.  Yang peliknya aku pun tak menceritakan peristiwa tersebut pada ibu. Bila ibu bertanya tentang peristiwa tersebut barulah aku mengaku. Itulah orang kata berpantang maut sebelum ajal. Peristiwa itu memang bermakna dalam hidup aku. Aku lebih menghargai hidup. Percaya kepada Qada’ dan Qadar dan hanya Dialah saja yang berkuasa menentukan hidup dan mati kita.

                                             Jika tidak sudah awal-awal lagi aku sudah ada batu nisan sendiri

 

Jadi, syukur kerana Allah masih beri peluang aku mengenali dunia.

 

P/s : Episod akan datang : Ku sangka ikan tapi rupa-rupanya….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s