Satu Masa Dulu

Posted: Jun 7, 2010 in Satu Masa Dulu
Tag:

Satu Masa Dulu ni adalah label tunggal (buat masa inilah) dalam blog aku ni. Aku tergerak nak buat label ni sebab aku rasa ada banyak benda nak diceritakan dengan korang berkenaan zaman dulu-dulu. 90 peratus cerita dalam Satu Masa Dulu ni adalah pengalaman aku masa zaman dulu. Selebihnya fiksyen. Yang paling ketara, watak utama dalam cerita ni namanya pun bukan aku. ‘Aku’ dalam Satu Masa Dulu bukanlah aku. Ia watak fiksyen yang aku reka khusus untuk Satu Masa Dulu. Lalu orang-orang yang disekeliling ‘Aku’ bukanlah saudara mara, kawan-kawan atau apa sahaja yang berkaitan dengan aku. Semua watak dalam satu Masa Dulu adalah fiksyen. Kiranya Satu Masa Dulu ni adalah sebatian antara bukan fiksyen dengan fiksyenlah atau realiti campur fantasi. Aku harap korang dapat sesuatu daripada Satu Masa dulu. Paling tidak pun untuk mengendurkan urat-urat yang tegang. Mungkin ia boleh mengingatkan korang kepada zaman dulu-dulu korang. Kalau korang membesar di bandar Satu Masa Dulu mungkin dapat membawa korang mengenali hidup budak-budak kampung. Macam Kampung Boy lah pulak kan? Lebih kuranglah… Tetapi kan satu cerita dapat diceritakan dengan pelbagai gaya dan bahasa. Jadi, cerita mungkin sama tetapi penyampaian berlainan. Belum apa-apa lagi adalah seorang kawan aku ni kata kenapa aku nak sangat cerita pasal zaman dulu-dulu. Pesimis. Aku sengih macam kerang busuk.  Malas nak jawab serta merta. Kat sini aku nak jawab : “Apa yang kau jadi sekarang adalah hasil masa dulu”  Untuk memudahkan korang kenal Satu Masa Dulu aku buat logo untuknya. Logo tu adalah gambar yang aku copy daripada flickr. Harap-harap korang akan enjoy dengan Satu Masa Dulu. Salam….

 

 Logo Satu Masa Dulu

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s